Posts

Kejohanan Tanding Seni Inter Gelanggang Kebangsaan 2026

Image
  Selangor, 12 September – Kejohanan Tanding Seni Inter Gelanggang Kebangsaan 2026 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Sendeng Malaysia menjadi saksi Gelanggang Ampang merangkul gelaran juara keseluruhan selepas mendominasi pentas akhir yang berlangsung di Pusat Kokurikulum UPM, semalam. Kontingen Ampang berjaya membawa pulang 3 pingat emas, 3 Perak, dan 1 Gangsa, sekali gus mengetepikan pencabar terdekat mereka dari Gelanggang UPM dengan 3 pingat emas, 2 Perak dan 1 Gangsa. Guru utama Pertubuhan Seni Silat Pusaka Sendeng Malaysia, Cikgu Zulkifli Bin Zainal Abidin, dalam ucapan penutupnya menyatakan rasa kagum dengan semua aksi memukau persembahan dan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh semua para peserta dari kesemua gelanggang.  Kejohanan tahun ini juga bertujuan membina semangat jatidiri dan persaingan secara sihat antara semua gelanggang.